Tragedi ngeri itu telah mengorbankan 5 orang mangsa.
Tragedi tersebut pastinya mengejutkan
rakyat Malaysia apabila ada diantara mangsa kemalangan yang mengalami
kecederaan serius seperti terputus kaki dan pelbagai lagi.
Ada orang yang mengatakan, seseorang yang bakal menemui ajal sering menunjukkan perubahan menerusi tingkah laku atau kata-kata.
Dalam kata lain dipanggil ‘petanda’.
Adakah perkara itu masih lagi rasional?
Atau kita sahaja yang sering tidak perasan dengan petanda-petanda yang
ditunjukkan oleh si mati sebelum menemui ajal.
Perkara tersebut disedari oleh
rakan-rakan salah seorang mangsa kejadian, Syahmie Farid Izzat Samsuddin
Shah, 21 menerusi ‘update’ di Facebook mangsa.
“Malam minggu?? **’flying high’ sambil2 berbaring atas si gemok..,” itulah ‘update’ terakhir arwah menerusi akaun Facebooknya.
Adakah ‘flying high’ yang dimaksudkan oleh arwah itu pergi untuk selama-lamanya.
Jika dilihat pada update tersebut, jelas menunjukkan itu merupakan petanda yang arwah berikan kepada rakan-rakannya.
Menerusi update itu juga, ramai rakan-rakan arwah mengucapkan takziah.
Persoalan timbul, siapakah si gemok yang maksudkan oleh arwah?
Menerusi beberapa update dan
gambar-gambar arwah, si gemok yang dimaksudkan adalah motosikal yang
ditungganginya sewaktu kejadian.
MyNewsHub berkongsi beberapa keping gambar ‘print screen’ update serta keadaan motosikal arwah selepas kejadian.
Mengikut laporan daripada pihak polis,
arwah Izzat pada ketika itu sedang menunggang motosikal lalu hilang
kawalan dan melanggar Kalaychelven.
Arwah Izzat mengalami kecederaan parah di kepala dan Kalaychelven cedera parah di kepala dan putus kaki kiri.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah
kepada Allahyarham Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah, serta dua lagi
mangsa beragama Islam, Allahyarham Muhammad Faridzuan Mohd Aziz, 21, dan
Allahyarham Amirul Faiq Zainuddin, 22.
Semoga Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.
Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ngeri itu.
Oleh: HARITS ASYRAF
Iklan Teks:
0 comments:
Post a Comment