Tuesday 23 April 2013

KELMARIN berlaku satu kejadian gempa bumi di Sichuan, China.
Dalam rakaman CCTV di sebuah sekolah di sana, kelihatan bagaimana para pelajar sebuah kelam-kabut menyelamatkan diri apabila berlaku kejadian tersebut.
Namun yang membuatkan kita terharu ialah sikap guru kelas berkenaan.
Lihat rakaman di bawah, guru wanita itu ternyata tidak menghiraukan nyawanya sendiri tetapi mengutamakan keselamatan anak muridnya terlebih dahulu.
Guru wanita itu tetap berada di tempatnya sambil memberi arahan kepada para pelajarnya untuk meninggalkan kelas.
Setelah semua keluar, barulah dia bertindak meninggalkan bilik darjah tersebut.
SALUT untuk guru tersebut!

Lihatlah bagaimana sikap pelajar wanita sekolah ini memuatnaik gambarnya di dalam laman sosial Facebook.
Tak cukup dengan gaya ‘terselak dan terkangkang’, turut diletakkan adalah gambarnya bermesra dengan teman lelaki.
Mungkin dia rasa tindakannya itu ‘cool’, tetapi hakikatnya ia adalah satu perbuatan memalukan yang mencerminkan pemikiran dan ‘sikap’ pelajar itu sendiri.
Apatah lagi ‘aksi’ itu dalam keadaan mereka berpakaian sekolah!
Entahlah, macam-macam sekarang ini… (Gambar Ohtidak.com)
ohtidakbudakmelampau2
ohtidakbudakmelampau3
ohtidakbudakmelampau4
ohtidakbudakmelampau6
ohtidakbudakmelampau7
ohtidakbudakmelampau8
Iklan Teks:
Kemalangan ngeri yang berlaku pada awal pagi 21 April lalu di Lebuhraya Persekutuan pastinya mengejutkan rakyat Malaysia.
Tragedi ngeri itu telah mengorbankan 5 orang mangsa.
Tragedi tersebut pastinya mengejutkan rakyat Malaysia apabila ada diantara mangsa kemalangan yang mengalami kecederaan serius seperti terputus kaki dan pelbagai lagi.
Ada orang yang mengatakan, seseorang yang bakal menemui ajal sering menunjukkan perubahan menerusi tingkah laku atau kata-kata.
Dalam kata lain dipanggil ‘petanda’.
Adakah perkara itu masih lagi rasional? Atau kita sahaja yang sering tidak perasan dengan petanda-petanda yang ditunjukkan oleh si mati sebelum menemui ajal.
Perkara tersebut disedari oleh rakan-rakan salah seorang mangsa kejadian, Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah, 21 menerusi ‘update’ di Facebook mangsa.
“Malam minggu?? **’flying high’ sambil2 berbaring atas si gemok..,” itulah ‘update’ terakhir arwah menerusi akaun Facebooknya.
Adakah ‘flying high’ yang dimaksudkan oleh arwah itu pergi untuk selama-lamanya.
Jika dilihat pada update tersebut, jelas menunjukkan itu merupakan petanda yang arwah berikan kepada rakan-rakannya.
Menerusi update itu juga, ramai rakan-rakan arwah mengucapkan takziah.
Persoalan timbul, siapakah si gemok yang maksudkan oleh arwah?
Menerusi beberapa update dan gambar-gambar arwah, si gemok yang dimaksudkan adalah motosikal yang ditungganginya sewaktu kejadian.
MyNewsHub berkongsi beberapa keping gambar ‘print screen’ update serta keadaan motosikal arwah selepas kejadian.
moto
arwah1
Mengikut laporan daripada pihak polis, arwah Izzat pada ketika itu sedang menunggang motosikal lalu hilang kawalan dan melanggar Kalaychelven.
Arwah Izzat mengalami kecederaan parah di kepala dan Kalaychelven cedera parah di kepala dan putus kaki kiri.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah, serta dua lagi mangsa beragama Islam, Allahyarham Muhammad Faridzuan Mohd Aziz, 21, dan Allahyarham Amirul Faiq Zainuddin, 22.
Semoga Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.
Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ngeri itu.
Oleh: HARITS ASYRAF
Iklan Teks:
SHAH ALAM- Polis menahan empat remaja lelaki dalam serbuan berasingan awal pagi ini berhubung kes samun dan bunuh seorang wanita berhampiran trek joging di Bukit Gasing, dalam kejadian Sabtu lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata mereka yang ditahan itu berumur antara 16 dan 18 tahun.
Seorang daripada mereka merupakan pelatih di sebuah pusat kemahiran manakala yang lainnya penganggur.
Tun Hisan berkata dalam operasi pada pukul 1.30 pagi itu, polis yang bertindak atas maklumat orang ramai berjaya menahan seorang lelaki berumur 16 tahun di sebuah rumah di Flat Sri Medan, dan kira-kira 20 minit kemudian seorang lagi lelaki berumur 18 tahun di tahan di flat yang sama.
“Kira-kira pukul 3.30 pagi tadi juga polis menahan dua lagi remaja lelaki berumur 17 dan 18 tahun di sebuah rumah di Flat Bukit Gasing Indah,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Selasa.
Dalam kejadian pada 20 April lepas, Ong Ai Sam, 52, bersama anak perempuannya yang berumur 17 tahun telah diserang dua lelaki yang menaiki motosikal, ketika mereka sedang dalam perjalanan pulang selepas berjoging. Mangsa yang cuba mempertahankan diri dan anaknya, telah ditikam enam kali oleh seorang penyerang sehingga beliau rebah dalam keadaan berlumuran darah. Ong yang dibawa ke hospital kemudian disahkan meninggal dunia.
Tun Hisan berkata berikutan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed telah mengadakan perjumpaan dengan penduduk di sekitar kawasan berkenaan supaya sentiasa berwaspada dengan keselamatan diri semasa mengadakan aktiviti riadah.
Para penduduk turut diberikan penerangan mengenai langkah-langkah keselamatan diri bagi mengelak kejadian sama berulang.
“Laluan dan kawasan trek joging berkenaan memang sunyi dan polis sentiasa melakukan rondaan, jadi kita harap mereka yang gemar berjoging di kawasan itu supaya tidak bersendirian,” katanya.
Tun Hisan berkata polis akan menahan reman kesemua suspek dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-BERNAMA
Iklan Teks:


PUTRAJAYA- Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa mengekalkan sabitan serta hukuman penjara lima tahun dan lapan bulan terhadap dua adik beradik perempuan yang mencederakan dan melakukan kekerasan jenayah secara seksual terhadap pembantu rumah mereka warga Indonesia, 10 tahun yang lalu.
Peluang Wong Choy Lin dan Wong Choy Kin untuk mengemukakan rayuan berakhir pada Selasa setelah panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Malik Ishak menolak permohonan mereka bagi kebenaran untuk merayu di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan dan menjatuhi hukuman penjara terhadap mereka.
Mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Rayuan memandangkan kes mereka dari Mahkamah Majistret.
Panel hakim berkenaan yang turut terdiri daripada Hakim Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Balia Yusof Wahi, menerima bantahan Timbalan Pendakwa Raya Andi Razalijaya A. Dadi terhadap persoalan undang-undang yang dikemukakan.
Choy Ling, 41, dan Choy Kin, 39, telah berada di penjara sejak 13 Okt 2011 dan mereka dijangka keluar pada 2017.
Adik beradik itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, Hanif Muawanah Muhyi, ketika itu berumur 25 tahun, dari Surabaya antara November 2003 dan September 2004.
Selain itu, Choy Lin dan Choy Kin didakwa melakukan kekerasan jenayah seksual terhadap wanita itu sebanyak dua kali dengan memasukkan objek seperti biskut, pisang, dan hujung botol ke dalam alat sulit mangsa pada September dan Julai 2004.
Kesemua perbuatan dilakukan di rumah di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan.
Pada 13 Okt 2011, Mahkamah Majistret Petaling Jaya mensabitkan mereka terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan menjatuhi hukuman penjara dua tahun bagi kesalahan melakukan kekerasan seksual serta lapan bulan bagi kesalahan mencederakan.
Mahkamah Majistret memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak.
Kedua-dua adik beradik itu kemudiannya merayu di Mahkamah Tinggi terhadap sabitan dan hukuman penjara mereka manakala pendakwaan mengemukakan rayuan balas terhadap hukuman yang kurang mencukupi.
Pada 11 Sept tahun lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan adik beradik itu terhadap sabitan dan hukuman penjara.
Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan balas pihak pendakwaan dan menambah hukuman penjara kepada lima tahun bagi kesalahan serangan seksual dan mengekalkan hukuman penjara lapan bulan bagi menyebabkan kecederaan, yang dijalani berturut-turut.

Sunday 21 April 2013


Rakaman suasana terindah dan terhodoh semasa berlansungnya hari penamaan calon pada 20 April 2013. Saksikanlah:


TERINDAH


Solat, Selawat & Ketertiban PR






TERHODOH


UMNO terus dengan politik dan budaya lucahnya:



LLidah biawak rasmi UMNO, Utusan Malaysia dalam terbitannya semalam menyatakan bahawa ceramah Salahuddin Ayub Naib Presiden PAS bersama dengan Lim Kit Siang, Penasihat DAP di Johor Bahru langsung tidak mendapat sambutan.. Dikatakan cukup hambar dan sekitar 200 orang jer hadir.

Patutlah Utusan Malaysia asyik kalah bila kena saman...kaki penipu dan pemfitnah cukup dahsyat sekali...Belum pernah dalam sejarah akhbar yang paling kuat menipu macam Utusan..

Cuba lihat betul-betul 3 rakaman gambar ceramah Salahuddin dengan Lim Kit Siang..

Adakah jumlahnya sekitar 200 orang saja?.. Tiada untungnya media milik UMNO menipu sebab kini maklumat dihujung jari.

Sebab itu rakyat yang celik IT langsung tidak percayakan media kepunyaan UMNO/BN terutamanya dari kelompok anak-anak muda.. Kelompok yang menentukan kalah menangnya PRU 13 kali ini.

Kalau Utusan masih juga dengan perangai tegarnya menipu dan memfitnah pihak PR, maka tunggu saja selepas keputusan PRU 13 nanti. -omakkau











ULASAN GB

PENIPUAN & FITNAH seakan sudah menjadi budaya dan darah daging UMNO, daripada presidennya, para menterinya, akhbarnya, bloggernya, para ulamak tua dan mudanya.

Komain pantas mulut mereka bercakap dan tangan mereka menulis penipuan-penipuan dan fitnah-fitnah demi untuk mempertahankan nyawa parti UMNO BN yang sedang nazak itu.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya: yang menipu dan memfitnah akan tetap terhumban ke lembah kehinaan!

Pengikut

My Blog List

Friends